Skip to main content

Dunia

Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea

41725506587_Gempabumi.jpg
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 3.5 darjah selatan dan 144.3 timur pada kedalaman 44 kilometer (km), iaitu 80 kilometer timur dari Wiwak, Papua New Guinea.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA




Must Watch Video