Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 7.3 landa Kepulauan Tonga - CENC

41743371515_GempaBumi.jpg
BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 7.3 melanda Kepulauan Tonga pada 8.18 malam Ahad (waktu Beijing), lapor agensi berita Xinhua berdasarkan maklumat daripada Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa itu dikesan pada latitud 20.30 darjah selatan dan longitud 173.75 darjah barat.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.

-- BERNAMA




Must Watch Video