Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 7.1 gegar Papua New Guinea

81680485725_PAPUANEWGUINEA.jpg
BEIJING: Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea pada 2.04 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa dengan kedalaman 60 kilometer itu dipantau pada 4.25 darjah selatan dan 43.10 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

-- BERNAMA

Must Watch Video