Skip to main content

Dunia

Gempa bumi bermagnitud 5.7 landa Lebong di Sumatera, Indonesia

Sumber: Badan Meteorologi, Klimatologi, Dan Geofisika
Gempa itu direkodkan pada 11.58 malam waktu tempatan pada Sabtu dengan pusat gempa terletak di darat kira-kira 64 kilometer barat Lebong.

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda Kabupaten Lebong, provinsi Bengkulu di Pulau Sumatera, Indonesia pada lewat Sabtu malam, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan berhampiran.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa itu direkodkan pada 11.58 malam waktu tempatan pada Sabtu dengan pusat gempa terletak di darat kira-kira 64 kilometer barat Lebong.

Agensi itu memaklumkan bahawa gempa berkenaan berlaku pada koordinat 2.99 darjah Latitud Selatan dan 101.63 darjah Longitud Timur, pada kedalaman 47 kilometer.

Ia memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun penduduk dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video