ISTANBUL: Gempa bumi dengan magnitud 5.5 menggegar Wilayah Tokat di utara Turkiye pada malam tadi, menurut agensi pengurusan bencana AFAD pada pagi Jumaat.
Gegaran itu turut dirasai di wilayah berjiran termasuk Samsun, Amasya, Ordu dan Sivas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan AFAD.
Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.35 pagi (0035 GMT) pada kedalaman 6.37 kilometer.
Setakat ini, tiada kesan negatif dilaporkan, menurut AFAD.
Pejabat Gabenor Tokat menerusi hantaran di laman X mengumumkan bahawa sekolah dan tadika di wilayah itu akan ditutup selama sehari.
Turkiye terletak di kawasan yang mempunyai banyak sesar, iaitu rekahan tektonik atau titik pecah pada batuan. Bandar raya Istanbul, khususnya, merupakan kawasan yang sangat terdedah kepada risiko gempa bumi.
-- BERNAMA-dpa