WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat memberi bayangan bahawa gelombang serangan kedua di Venezuela mungkin tidak diperlukan susulan kerjasama negara itu dengan Washington selepas penyingkiran Nicolas Maduro.
“Saya tidak fikir ia akan diperlukan. Kami mempunyai sebuah armada... armada besar yang belum pernah dilihat di kawasan itu, dan ia ditempatkan di luar pantai,” kata Trump.
Terdahulu, Trump memaklumkan, beliau telah membatalkan serangan gelombang kedua yang dirancang sebelum ini, dengan alasan Venezuela menunjukkan kerjasama sepanjang minggu lalu.
“Disebabkan kerjasama ini, saya telah membatalkan serangan gelombang kedua yang dijangka sebelum ini, yang nampaknya tidak akan diperlukan. Namun, semua kapal akan kekal di lokasi bagi tujuan keselamatan,” tulis Trump di Truth Social. - Agensi