Skip to main content

Dunia

GCC, Jepun sambung semula rundingan FTA

61689563745_MohammedSalmanFumio.jpg
RIYADH: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Jepun pada Ahad mengumumkan penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Arab Saudi.

Kedua-dua pihak menandatangani kenyataan bersama di bandar Jeddah Arab Saudi untuk menyambung semula rundingan di luar mesyuarat antara Setiausaha Agung GCC Jasem Mohamed Albudaiwi dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Jepun kini merupakan pasaran eksport dan sumber import keempat terbesar GCC, menurut Albudaiwi.

-- BERNAMA

Must Watch Video