FLORIDA: Sekurang-kurangnya enam anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh ketika operasi selepas AS dan Israel mula mengebom Iran pada Sabtu, menurut pihak tentera.
“Pasukan AS baru-baru ini menemui kembali mayat dua anggota yang sebelum ini tidak dapat dikesan dari sebuah kemudahan yang diserang ketika serangan awal Iran di rantau ini,” kata U.S. Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan.
“Operasi pertempuran utama masih diteruskan. Identiti anggota yang terkorban tidak akan didedahkan sehingga 24 jam selepas ahli keluarga terdekat dimaklumkan.” - Agensi