Skip to main content

Dunia

Emirates lanjut penggantungan penerbangan ke Iran sehingga 5 Julai

71694429596_Emirates.jpg
DUBAI: Emirates, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu (UAE), melanjutkan penggantungan penerbangan ke dan dari Iran sehingga 5 Julai, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Disebabkan situasi serantau, Emirates membatalkan semua penerbangan ke/dari Tehran sehingga dan termasuk 5 Julai 2025," menurut kenyataan syarikat itu.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan ia akan menyambung semula penerbangan ke Baghdad, Iraq pada 1 Julai dan ke Basra pada 2 Julai.

Pada 13 Jun lalu, Emirates menggantung penerbangan ke Iran, Iraq, Lubnan dan Jordan susulan ketegangan yang memuncak antara Israel dan Iran.

-- BERNAMA

Must Watch Video