Skip to main content

Dunia

Emirates lanjut pembatalan penerbangan ke Iran, Iraq sehingga 30 Jun - Kenyataan

71694429596_Emirates.jpg
DUBAI: Emirates, syarikat penerbangan terbesar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melanjutkan pembatalan penerbangan ke Iran dan Iraq sehingga 30 Jun, menurut kenyataan syarikat itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Disebabkan situasi serantau, Emirates telah menggantung sementara semua penerbangan ke Iran (Tehran) dan Iraq (Baghdad dan Basra) sehingga dan termasuk Isnin, 30 Jun 2025," menurut kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu turut melanjutkan pembatalan penerbangan ke Jordan dan Lubnan sehingga 22 Jun.

-- BERNAMA

Must Watch Video