Skip to main content

Dunia

David Lidington nafi mahukan jawatan PM Britain

81553433400_TBDavidLidington.jpg
Menteri Pejabat Kabinet Britain, David Lidington pada Ahad menafikan mempunyai sebarang hasrat untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang disandang Theresa May.

Memetik laporan Reuters, menteri kanan itu menolak dakwaan yang mengatakan wujudnya rampasan kuasa yang akan meletakkan beliau sebagai pemimpin sementara.

"Saya tidak fikir saya mempunyai keinginan untuk mengambil alih jawatan sebagai PM, saya rasa beliau (May) melakukan kerjanya dengan hebat," katanya kepada pemberita.

Ujarnya, selepas bekerja rapat dengan May, beliau menyedari betapa beratnya tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh perdana menteri.

BACA: Ratusan ribu berarak di London bantah Brexit

"Saya amat kagum dengan cara beliau melaksanakan tugas itu," tambah Lidington.



Must Watch Video