Skip to main content

Dunia

COVID-19: 26 pesakit terpaksa bersesak dalam dua ambulans

41622169029_pesakit.jpg
TAMIL NADU: Sejumlah 26 pesakit COVID-19 terpaksa bersesak di dalam dua buah ambulans yang ditempah sendiri selepas kenderaan kerajaan yang sepatutnya membawa mereka ke pusat kuarantin gagal tiba.

Kejadian di Tamil Nadu, India itu dilaporkan berlaku pada 24 Mei.

Rakaman video menunjukkan pesakit memasuki ambulans berkenaan tanpa penjarakan sosial.

Menurut laporan media tempatan, pesakit di kampung Madurai itu menunggu terlalu lama untuk ambulans kerajaan tiba bagi membawa mereka ke hospital.

Mereka akhirnya terpaksa menempah ambulans syarikat swasta berkenaan dengan biaya sendiri.



COVID-19 | 26 pesakit terpaksa bersesak dalam dua ambulans




Must Watch Video