BEIJING: Pentadbiran Gempa Bumi China (CEA) mengaktifkan tindak balas perkhidmatan kecemasan Tahap IV pada Khamis selepas gempa bumi 5.0 magnitud melanda Daerah Tsonyi di Bandar Nagqu, yang terletak di Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China, lapor Xinhua.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa itu berlaku pada 7.59 malam Khamis (Waktu Beijing) pada kedalaman 10 kilometer.
Susulan gempa itu, CEA mengarahkan CENC dan agensi gempa bumi wilayah Xizang untuk menjalankan rundingan bersama serta memperkukuh pemantauan seismik dan penilaian pascagempa.
-- BERNAMA