Skip to main content

Dunia

Cameroon umum keputusan pilihan raya presiden pada 27 Okt

51761197865_SouthKoreaElection.jpg
YAOUNDE: Majlis Perlembagaan Cameroon pada Rabu mengumumkan bahawa keputusan pilihan raya presiden negara itu akan diumumkan pada Isnin, iaitu 15 hari selepas pengundian dijalankan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut majlis berkenaan, keputusan undian daripada keseluruhan 31,653 pusat mengundi akan dibacakan dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung dari ibu negara, Yaounde, sebelum pemenang rasmi diumumkan.

Pilihan raya presiden di negara Afrika Tengah itu telah diadakan pada 12 Okt lalu.

-- BERNAMA



Must Watch Video