Skip to main content

Dunia

BYD sahkan kebakaran di fasiliti Shenzhen, operasi pengeluaran tidak terjejas

Smoke belows from a fire at a parking garage of BYD at its Shenzhen industrial park, in Shenzhen, Guangdong province, China April 14, 2026, in this screengrab obtained from social media video. Social media/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. VERIFICATION: - Buildings, utility poles and road layout matched file and satellite imageries - Coordinates of the parking garage: 22.678346864296856, 114.34647355553128 - Date confirmed by statements from BYD and authorit
Insiden yang bermula jam 2.48 pagi waktu tempatan itu melibatkan sebuah garaj parkir tiga dimensi yang menempatkan kenderaan ujian serta kenderaan yang telah dilupuskan. -Foto Reuters

SHENZHEN: Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di sebuah struktur parkir berbilang tingkat dalam kampus Ibu Pejabat Global BYD di daerah Pingshan, awal pagi Selasa.

Insiden yang bermula jam 2.48 pagi waktu tempatan itu melibatkan sebuah garaj parkir tiga dimensi yang menempatkan kenderaan ujian serta kenderaan yang telah dilupuskan.

BYD dalam satu kenyataan memaklumkan kebakaran berkenaan berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan penyelamat perbandaran dan daerah, tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka dunia itu turut menjelaskan bahawa insiden berkenaan tidak menjejaskan barisan pengeluaran semasa atau stok kenderaan baharu yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan.

Menurut siasatan awal pihak berkuasa bomba tempatan, kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor luar yang sedang menjalankan operasi merombak peralatan lama di fasiliti berkenaan.

Pihak berkuasa turut menegaskan insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan bateri atau sebarang masalah teknikal melibatkan kenderaan keluaran BYD.

Insiden berkenaan tular di media sosial selepas beberapa rakaman memaparkan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi dari kawasan perindustrian itu, sebelum keadaan dilaporkan kembali terkawal sepenuhnya.

 

Must Watch Video