Skip to main content

Dunia

Bulgaria adakan pilihan raya awal Parlimen pada 19 April - Presiden

Iliana Iotova, Vice President of Bulgaria, attends Bulgarian President Rumen Radev's address to the nation at the Presidency, Sofia, Bulgaria, January 19, 2026. REUTERS/Stoyan Nenov
Iliana Iotova akan mengeluarkan dekri bagi pelantikan kerajaan sementara. - Gambar Reuters

SOFIA: Presiden Bulgaria, Iliana Iotova berkata pada Rabu, beliau akan mengeluarkan dekri bagi pelantikan kerajaan sementara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Sementara, Andrey Gurov, selain menjadualkan pilihan raya awal parlimen pada 19 April, lapor Xinhua.

Iotova mengeluarkan kenyataan itu sejurus  selepas Gurov mencadangkan barisan kepimpinan kerajaan sementara kepada beliau dalam satu pertemuan yang disiarkan secara langsung di televisyen.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video