Skip to main content

Dunia

Brexit: Kenapa mengundi guna pensil, soal netizen

41466680043_CarlEdmundson.jpg
PROSES mengundi dalam pungutan suara bagi menentukan kedudukan sama ada United Kingdom kekal dalam Kesatuan Eropah atau sebaliknya sedang berlangsung di negara itu sehingga malam (waktu tempatan) nanti. 

Oleh kerana ini merupakan antara detik penting di negara itu hashtag #ivoted kini trending. 

Namun apa yang hangat diperkatakan adalah mengapa pensil digunakan dalam proses pengundian. 

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan dikalangan mereka yang sudah keluar mengundi.

BACA: Kekal atau keluar EU? Warga Britain mengundi dalam pungutan suara 
BACA: Reaksi pelbagai terhadap Brexit



Ada yang menyuarakan kebimbangan undian mereka boleh 'ditukar' kerana menggunakan pensil. 

Ada yang memberi cadangan agar mereka yang mengundi membawa pen mereka sendiri.




Sejumlah 46 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka.

Ini ialah pungutan suara ketiga dalam sejarah UK.

Ia dijalankan selepas kempen kekal atau keluar yang dilancarkan empat bulan lalu.

Proses pengundian akan berkhir pada jam 10 malam waktu tempatan.

Must Watch Video