Skip to main content

Dunia

Bomba keluarkan ular sawa yang 'mengganggu' penduduk

61619062572_ularsawa.jpg
Selepas mengganggu penduduk di Ciputar Raya, Indonesia, sepasukan bomba berjaya mengeluarkan seekor ular sawa daripada saluran paip bawah tanah.

Ular sepanjang tiga meter itu dilaporkan telah memasuki beberapa rumah penduduk melalui saluran paip di bilik air pada 26 Mac lepas.

Beberapa anggota bomba dari Balai Kemayoran Lama, Jakarta dilihat menggali paip berkenaan sebelum mengeluarkan ular itu.

Ular berkenaan kemudian telah dilepaskan di kawasan hutan.



Anggota bomba keluarkan ular sawa daripada saluran paip bawah tanah




Must Watch Video