Skip to main content

Dunia

Biro antirasuah Ukraine tahan bekas Menteri Tenaga

Herman Halushchenko AP
Halushchenko dilantik sebagai Menteri Tenaga pada April 2021 dan menjadi Menteri Kehakiman pada Julai 2025. - Foto AP

MOSCOW: Biro Antirasuah Kebangsaan Ukraine (NABU) pada Ahad memaklumkan bahawa bekas Menteri Tenaga Herman Halushchenko ditahan ketika cuba meninggalkan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan di Telegram, NABU berkata tindakan siasatan sedang dijalankan dan berjanji untuk berkongsi butiran lanjut kemudian.

“Hari ini, ketika melintasi sempadan negara, detektif NABU menahan bekas Menteri Tenaga sebagai sebahagian daripada kes "Midas". Tindakan siasatan keutamaan sedang dijalankan mengikut keperluan undang-undang dan kebenaran mahkamah. Butiran lanjut akan menyusul,” menurut agensi antirasuah itu.

“Kes Midas” (Operasi Midas) merujuk kepada siasatan rasuah berprofil tinggi di Ukraine yang didedahkan pada November 2025, membongkar skim penipuan bernilai AS$100 juta dalam sektor tenaga.

Halushchenko dilantik sebagai Menteri Tenaga pada April 2021 dan menjadi Menteri Kehakiman pada Julai 2025.

Pada November 2025, Parlimen Ukraine Verkhovna Rada memecat beliau susulan skandal rasuah itu, dan beliau dilaporkan dilarang meninggalkan negara berkenaan.

Menurut media Ukraine, beliau cuba meninggalkan Ukraine dengan menaiki kereta api.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video