Skip to main content

Dunia

Bayi setahun didakwa didera ketika siasatan tentera zionis di Gaza

Sumber: Zoyaforpalestine
Seorang bayi berusia setahun didakwa menjadi mangsa penderaan oleh tentera Zionis dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku ketika proses soal siasat terhadap bapanya di Gaza, pada Rabu.

GAZA: Seorang bayi berusia setahun didakwa menjadi mangsa penderaan oleh tentera Zionis dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku ketika proses soal siasat terhadap bapanya di Gaza, pada Rabu.

Menurut wartawan tempatan, Osama Al-Kahlut, insiden itu berlaku selepas bayi berkenaan bersama bapanya ditahan ketika terperangkap dalam pertempuran bersenjata berhampiran Kem Pelarian Al-Maghazi, ketika mereke keluar bagi urusan keperluan harian.

“Kedua-dua mangsa telah ditahan dan dibawa ke sebuah pusat pemeriksaan ketenteraan sebelum diarahkan menanggalkan pakaian dan menjalani proses soal siasat oleh tentera Israel.” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu

Selain itu, beliau turut mendakwa, berlaku tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap bayi tersebut di hadapan bapanya sendiri, dimana beliau percaya ketenteraan Israel telah mencederakan bayi itu sebagai tekanan untuk memaksa bapanya membuat pengakuan.

Dalam pada itu, rakaman visual yang dikongsikan oleh wartawan berkenaan menerusi laman Instagramnya "@osama.kahlout" turut menunjukkan kecederaan dialami bayi tersebut, termasuk kesan cucuhan dipercayai daripada rokok, yang didakwa berpunca daripada penderaan sepanjang tempoh tahanan.

Bagaimanapun, bayi berkenaan dilaporkan telah dibebaskan kira-kira 10 jam kemudian dan diserahkan kepada keluarganya di Al-Maghazi melalui International Committee of the Red Cross. 

Namun begitu, bapanya masih dilaporkan berada dalam tahanan pihak Israel sehingga kini.

“Kami berharap pihak antarabangsa dapat membantu membebaskan bapa kanak-kanak ini serta memastikan rawatan perubatan bayi ini dapat diteruskan,” menurut kenyataan keluarga berkenaan.

Untuk rekod, tentera Zionis didakwa terus melakukan pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu. 

Setakat 18 Mac lalu, sekurang-kurangnya 677 individu dilaporkan terbunuh manakala 1,813 lagi cedera akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.

Sejak Oktober 2023, konflik di Gaza dilaporkan telah mengorbankan lebih 72,000 rakyat Palestin, mencederakan kira-kira 172,000 yang lain serta memusnahkan hampir 90 peratus infrastruktur awam di kawasan berkenaan.

Must Watch Video