Skip to main content

Dunia

Bayi 14 bulan minum kopi ganti susu

61568785995_kopi.jpg
Akibat tidak mampu membeli susu, seorang bayi yang berusia 14 bulan di Indonesia terpaksa diberi minum kopi.

Hadijah Haura dari Kabupaten Polewali Mandar, Sulawesi Barat telah diberi minum kopi hampir setiap hari sejak berusia enam bulan.

Ibu bayi berkenaan, Anita mengakui bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup.

Akibat rutin itu, Hadijah akan menangis dan tidak boleh tidur tanpa minum kopi.

Bagaimanapun selama lapan bulan minum kopi, bayi tersebut tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. - Agensi

Must Watch Video