RABAT: Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam kejadian banjir kilat yang melanda wilayah pesisir Atlantik Safi di Maghribi pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.
Hujan lebat selama satu jam telah menyebabkan limpahan air yang membanjiri rumah dan kedai di bandar lama Safi, selain menghanyutkan kenderaan dan memutuskan banyak laluan di kawasan sekitar.
Seramai 32 orang turut cedera dalam kejadian itu, namun kebanyakan mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.
Insiden ini berlaku ketika Maghribi sedang mengalami hujan lebat dan salji di kawasan pergunungan Atlas, selepas tujuh tahun kemarau yang telah mengeringkan beberapa takungan utama negara itu.