Skip to main content

Dunia

Australia hantar peluru berpandu ke UAE, kerah pesawat pemantauan ke Asia Barat

51743105011_tbAnthonyAlbanese.jpg
Albanese berkata bantuan ketenteraan yang diberikan adalah bersifat pertahanan bagi membantu negara‑negara Teluk melindungi orang awam. - Foto fail/AP

SYDNEY: Australia akan menghantar sebuah pesawat pemantauan ketenteraan ke Asia Barat serta membekalkan peluru berpandu udarakeudara jarak sederhana kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), selepas menerima permintaan rasmi daripada negara Teluk itu, umum Perdana Menteri Anthony Albanese.

Albanese menegaskan bahawa Australia tidak akan menghantar tentera ke darat di Iran, dan bantuan ketenteraan yang diberikan adalah bersifat pertahanan bagi membantu negaranegara Teluk melindungi orang awam daripada serangan yang digambarkan beliau sebagai “tidak berprovokasi” oleh Iran.

Menurut beliau, Australia akan mengerahkan pesawat E7A Wedgetail selama empat minggu untuk membantu mengawasi dan melindungi ruang udara di kawasan Teluk.

Bantuan ini turut merangkumi peluru berpandu AMRAAM yang akan diberikan kepada UAE untuk memperkukuh pertahanan udara negara tersebut.

Albanese berkata Australia “bukan pihak yang memulakan konflik” dan menegaskan keutamaan kerajaan ialah melindungi rakyat Australia di rantau itu serta membantu negara sahabat mempertahankan diri dalam situasi yang semakin meruncing.

 

 

 

Must Watch Video