Skip to main content

Dunia

Angka korban serangan AS-Israel meningkat kepada 787 - Bulan Sabit Merah Iran

Debris lies scattered in the aftermath of an Israeli and U.S. strike on a police station, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 3, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang, menurut Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang, menurut Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom, menurut organisasi itu dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita milik kerajaan, Tasnim News Agency.

Tiada maklumat diberikan mengenai jumlah mangsa yang cedera.

AS dan Israel meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu lepas, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai kanan tentera.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset AS.

-- BERNAMA

Must Watch Video