Skip to main content

Dunia

Anak Benazir Bhutto umum pembabitan politik

Anak bekas perdana menteri Pakistan, Benazir Bhutto mengumumkan pembabitannya dalam dunia politik, beberapa bulan sebelum pilihan raya dijangka diadakan.

Perkara itu diumumkan Bilawal Bhutto Zardari sempena ulangtahun kelima kematian ibunya dalam satu majlis yang diadakan di Ghari Khuda Baksh.

Berusia 24 tahun, Bilawal  tidak melihat usia muda sebagai penghalang menjadi aset parti pemerintah, Parti Rakyat Pakistan.

Beliau yang menjadi pengerusi parti sejak kematian ibunya sebelum ini berada di United Kingdom bagi menamatkan pengajiannya.

Bapanya yang juga presiden Pakistan, Asif ali Zardari merupakan pengerusi bersama parti.

Must Watch Video