Skip to main content

Dunia

Amerika tidak terlibat dalam serangan Israel ke atas Iran - White House

61729901655_airlaunchedballist.jpg
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan, tidak terlibat dalam operasi tentera Israel terhadap Iran, kata seorang pegawai kanan pentadbiran negara itu.

β€œKami memahami Israel sedang melakukan serangan bersasar terhadap sasaran tentera di Iran sebagai latihan mempertahankan diri dan sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu balistik Iran terhadap Israel pada 1 Oktober.

β€œKami akan merujuk anda kepada kerajaan Israel untuk maklumat lanjut mengenai operasi mereka,” kata Sean Savett, jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - Agensi



Must Watch Video