Skip to main content

Dunia

Amerika Syarikat, Rusia setuju adakan rundingan isu senjata nuklear

61627515460_TBAMERICARUSSIAMEETI.jpg
GENEVA: Amerika Syarikat dan Rusia bersetuju untuk mengadakan rundingan berkaitan isu senjata nuklear September depan.

Perkara ini dipersetujui selepas pegawai kanan kedua-dua negara memulakan semula rundingan tidak rasmi di Geneva pada Rabu bagi mengurangkan ketegangan.

Amerika Syarikat diketuai Timbalan Setiausaha Negara, Wendy Sherman sementara Rusia diwakili Timbalan Menteri Luarnya, Sergei Ryabkov.

Kremlin sifatkan Amerika Syarikat menunjukkan kesediaan terlibat dalam dialog lebih konstruktif.

Ini adalah kali pertama Washington dan Kremlin mengadakan rundingan strategik.

Presiden Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin Jun lalu setuju melancarkan dialog bilateral.

Ini akan menyediakan asas rangka kerja bagi kawalan senjata dan pendekatan mengurangkan risiko.

Amerika Syarikat dan Rusia pada Februari setuju melanjutan perjanjian kawalan senjata yang dikenali sebagai 'Start' untuk lima tahun.

Perjanjian ini menghadkan pemilikan kepala peledak nuklear kedua-dua negara.





Must Watch Video