Skip to main content

Dunia

Amerika Syarikat pantau "situasi membimbangkan" di London

71490197366_LondonShooting.jpg
Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat dilaporkan akan memantau situasi "membimbangkan" di London selain turut menawarkan bantuan dalam apa cara sekalipun selepas insiden seorang anggota polis ditikam dan beberapa yang lain cedera dalam serangan di Westminster.

Jurucakap kementerian itu Mark Toner turut menggesa warga Amerika di London agar menghubungi ahli keluarga mereka dengan segera.

"Kami bersedia untuk menawarkan khidmat konsular sekiranya ada warga Amerika Syarikat terlibat dalam insiden ini," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

LAPOR LANGSUNG DI SINI


Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Must Watch Video