WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengetepikan semakan kongres untuk meluluskan penjualan lebih daripada 20,000 bom kepada Israel bernilai kira‑kira AS$650 juta, menurut pegawai Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Negara berkata, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio telah menentukan bahawa wujud keadaan darurat, membolehkan pentadbiran itu mengetepikan proses semakan kongres yang lazimnya diperlukan.
Pegawai itu turut memaklumkan, Israel juga akan membeli tambahan munisi bernilai AS$298 juta melalui jualan komersial langsung.
Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan pada Disember 2024 menyatakan bahawa munisi berat seumpama itu berkemungkinan telah digunakan oleh Israel di kawasan padat penduduk di Gaza semasa perang dengan Hamas. - Agensi