Skip to main content

Dunia

Amerika Syarikat hulurkan bantuan kepada Filipina

41384309768_295x200.jpg
Amerika Syarikat menerusi organisasi bantuan perubatannya, Americares, bersedia menghantar bantuan perubatan berjumlah $1 juta ke Filipina.

Dalam sidang medianya, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan menghulurkan bantuan kepada Filipina bagi meringankan beban mangsa dan kerajaan negara itu.

“Salah satu prinsip utama kami  adalah membantu bila rakan berdepan masalah. Seperti yang saya jelaskan kepada Presiden Aquino awal minggu ini, Amerika Syarikat akan terus menawarkan apa sahaja bentuk bantuan yang kami mampu hulurkan.

“Pasukan tentera dan perubatan kami adalah yang terhebat dan mereka sudahpun berada di kawasan bencana bersama beberapa bentuk bantuan,” kata beliau.

Misi berkenaan berlepas ke negara itu pada Khamis malam dan dijangka tiba hari ini.

Must Watch Video