Skip to main content

Dunia

AI, dron digunakan untuk cerapan anak bulan Ramadan di UAE

facebook - haramain
UAE menggunakan dron yang dilengkapi ciri saintifik canggih bersama kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis imej yang dirakam dari balai cerap di seluruh negara. - Gambar/ FB Haramain

ABU DHABI: Jawatankuasa Cerapan Anak Bulan Ramadan bagi tahun 1447 Hijrah, yang ditubuhkan di bawah Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE), menggunakan dron yang dilengkapi ciri saintifik canggih bersama kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis imej yang dirakam dari balai cerap di seluruh negara.

Dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emiriah (WAM), Pengerusi Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Zakat, Omar Habtoor Al Darei berkata langkah itu mencerminkan komitmen Jawatankuasa untuk mencapai standard ketepatan tertinggi.

Beliau berkata ia menggabungkan pendekatan berasaskan Syariah yang berakar umbi daripada sabda Nabi Muhammad (SAW), "Berpuasalah kamu kerana melihatnya (anak bulan) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihatnya," dengan manfaat sains moden serta teknologi canggih.

"Tugas Jawatankuasa ini melibatkan penyelarasan antara pakar dan ahli astronomi serta bergantung kepada data daripada enam balai cerap di seluruh UAE, sekali gus menekankan komitmen negara terhadap ketelusan dan kejituan," katanya.

-- BERNAMA-WAM

 

Must Watch Video