Skip to main content

Dunia

Agensi persekutuan di Washington kembali beroperasi selepas tamat penutupan kerajaan

71763071989_TBHakeemJeffries.jpg
WASHINGTON: Agensi persekutuan di Washington kembali beroperasi seperti biasa selepas berakhirnya penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), menurut Pejabat Pengurusan Personel (OPM) pada Khamis.

"Agensi persekutuan di kawasan Washington, DC kini dibuka. Pekerja dijangka memulakan hari bekerja tepat pada waktunya. Prosedur operasi biasa kini berkuat kuasa," menurut OPM di platform X, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Rabu, Dewan Perwakilan AS meluluskan rang undang-undang pembiayaan kerajaan yang diluluskan Senat, sekali gus menamatkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah negara itu.

Penutupan kerajaan AS menyebabkan kerosakan besar kepada negara, termasuk pembatalan atau kelewatan 20,000 penerbangan serta kegagalan membayar gaji kepada lebih 1 juta pekerja kerajaan, kata Presiden AS Donald Trump selepas beliau menandatangani rang undang-undang pembiayaan itu lewat Rabu.

Menurut Trump ia akan mengambil masa beberapa minggu atau bahkan bulan untuk menilai dengan tepat kesan penutupan itu terhadap rakyat dan ekonomi negara.


-- BERNAMA





Must Watch Video