Skip to main content

Dunia

Afghanistan: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh letupan bom di masjid

81634299171_Severalworshipersk.jpg
KABUL: Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai keselamatan masjid itu Murtaza Zarifi mendakwa serangan dilakukan dua pengebom bunuh diri.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas serangan bom bunuh diri yang dilakukan kumpulan Daesh/ISIS di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, mengorbankan 46 orang.

-- BERNAMA

Must Watch Video