Skip to main content

Dunia

$5.2 bilion diperlu bantu mangsa konflik di Syria

81357520178_295x200.jpg
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan $5.2 bilion (RM16.11 bilion) dalam usahanya membantu mangsa konflik di Syria.

Daripada jumlah berkenaan 3.8 bilion dollar (RM11.78 bilion) diperlukan untuk membantu pelariannya yang bertebaran di negara jiran.

Berikutan keaadaan yang tidak menampakkan petanda akan reda dalam persidangan yang diadakan di Geneva, badan dunia itu menjangkakan menjelang hujung tahun, separuh daripada penduduk negara berkenaan perlu bantuan.

Manakala jumlah pelarian dijangka akan meningkat kepada 3.5 juta.

Sebelum ini bagi menampung kebanjiran pelarian, beberapa negara jiran termasuk Jordan dan  Lubnan diberi peruntukan sejak dua tahun lalu.

Konflik yang memasuki tahun ketiga menyaksikan lebih 94 ribu maut manakala lebih 1.6 juta lagi terpaksa melarikan diri bagi mengelak diri terperangkap dengan pertumpahan darah.

Kempen bermula Mac 2011 selepas bantahan besar-besaran yang kemudian disusuli dengan kebangkitan bersenjata dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.

Must Watch Video