Skip to main content

Dunia

5 maut dalam nahas helikopter di Cuba

51533372762_HeliCrashGeneric.jpg
HAVANA:Sebuah helikopter tentera Cuba terhempas di kawasan pergunungan timur negara itu pada Jumaat.

Semua lima penumpang dan kru dilaporkan terkorban, lapor Reuters.

Angkatan Tentera Revolusi Cuba dalam satu kenyataan berkata pesawat itu terhempas di lokasi tinggi setelah berlepas dari wilayah timur Holguin untuk perjalanan singkat ke Guantanamo.

Tiada maklumat lanjut dikeluarkan setakat ini.

Punca nahas sedang disiasat.

Must Watch Video