Skip to main content

Dunia

5 ekor gajah terbunuh dilanggar keretapi

Sekurang-kuranganya lima ekor gajah terbunuh selepas dilanggar keretapi ketika sedang melintasi landasan  di India.

Nahas berlaku awal  pagi Ahad di landasan keretapi berdekatan kawasan Hutan Rambha, 180 kilometer di selatan  Bhuba-Neshwar, Orissa.

Jabatan Hidupan Liar dalam reaksi segeranya  mendakwa pihak terlibat tidak mengendahkan amaran supaya meperlahankan keretapi ketika melalui jalan tersebut.

Jurucakap pihak keretapi bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sambil menyatakan amaran yang diterima terlalu lewat.

Puluhan gajah terbunuh sejak kebelakangan ini akibat dilanggar keretapi khususnya di sekitar Taman Hutan Negara.

Selain gajah, beberapa haiwan lain terbunuh termasuk anak lembu.

Must Watch Video