ANKARA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Kahramanmaras, selatan Turkiye pada Rabu, menurut beberapa laporan media yang memetik Gabenor Wilayah Kahramanmaras Mukerrem Unluer, lapor Xinhua.
Unluer berkata suspek penembak ialah seorang pelajar sekolah menengah, menurut laporan media.
Insiden itu berlaku hanya sehari selepas satu lagi kejadian tembakan di sekolah di daerah Siverek di wilayah Sanliurfa, tenggara Turkiye, yang mencederakan sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya pelajar.
-- BERNAMA-XINHUA