Skip to main content

Dunia

32 maut bas ekspres terhumban dalam sungai di India

71514020971_Indiacrash.jpg
Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dan 10 cedera dalam satu kemalangan bas ekspres di Rajastan, India, awal pagi Sabtu.

Bas terbabit yang sedang dalam perjalanan ke Lalsot selepas mengambil penumpang di stesen Sawai Madhopur, dilaporkan tergelincir sebelum terhumban ke dalam sungai di Kilometer 375 selatan New Delhi.

Laporan awal polis mendapati, bas itu yang dipandu laju, cuba memotong sebuah kenderaan sebelum tergelincir.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan jumlah sebenar penumpang bas. 

Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat hanya berjaya menemui 32 mayat di dalam sungai, manakala penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran. 




Must Watch Video