Skip to main content

Dunia

3 cedera dalam kejadian tembakan di pusat Islam Zurich

41482195981_Zurich.jpg
Tiga cedera selepas seorang penembak melepaskan tembakan berdekatan sebuah pusat Islam di Zurich.

Menurut laporan media di Switzerland dan Reuters, suspek kemudian melarikan diri selepas insiden.

Polis bagaimanapun, enggan memberi kenyataan dan menutup kawasan blok bandar berkenaan.

Sehingga kini, tiada kepastian tembakan berkenaan disasarkan kepada pusat Islam atau perniagaan lain berdekatan.


Menurut laporan Al Jazeera, satu mayat dijumpai berdekatan dengan kawasan kejadian, namun ia belum dipastikan sama ada berkaitan dengan insiden.

Laporan Al Jazeera turut menyebut suspek masuk ke dalam ruang solat sebelum melepaskan tembakan.

Must Watch Video