Skip to main content

Dunia

280 pesalah dadah dihukum mati di Iran tahun lepas - PBB

71636004946_Iranianflag.jpg
GENEVA: Iran dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap 280 orang pada tahun lepas.

Angka itu diterbitkan pada Khamis oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai negara tersebut.

Ketika membentangkan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Javaid Rehman berkata, jumlah hukuman mati dijatuhkan berkaitan dengan undang-undang narkotik.

"Pada 2021, sekurang-kurangnya 280 individu termasuk 10 wanita telah dijatuhi hukuman mati," kata pelapor itu sambil menambah jumlah wanita dihukum mati turut meningkat.

*Berita asal di Sinar Harian 

Must Watch Video