Sekurang-kurangnya 21 orang maut dan 78 lagi cedera selepas sebuah hotel di Malviya Nagar, New Delhi terbakar pada kira-kira jam 9 pagi Rabu
Memetik Reuters, empat mayat telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian, sementara api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar tengah hari.
Saksi memaklumkan beberapa penghuni bertindak terjun dari bangunan yang sedang dijilat api bagi menyelamatkan api.
Berdasarkan siasatan awal, kebakaran berkemungkinan mempunyai kaitan dengan sebuah restoran yang beroperasi di tingkat bawah bangunan berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan pihak berkuasa sedang menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas.