Skip to main content

Dunia

2 maut dalam nahas pesawat ringan di Filipina

51743319851_policeline.jpg
MANILA: Sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Pangasinan, utara Manila pada pagi Ahad, mengorbankan juruterbang dan seorang pelajar, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pesawat latihan itu menjunam dan terhempas di kawasan lapang di bandar Lingayen, menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, menurut pihak berkuasa tempatan yang dipetik oleh beberapa media.

Tiada laporan mengenai mangsa lain setakat ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

-- BERNAMA


Must Watch Video