Skip to main content

Dunia

18 maut, 189 cedera dalam nahas lori tangki meletup

51592107788_TBtruckexplosion.jpg
Seramai 18 orang maut manakala kira-kira 189 yang lain cedera selepas sebuah lori tangki meletup di lebuh raya dekat tenggara China pada Sabtu.

Lapor agensi berita Xinhua, kejadian itu berlaku sekitar jam 4.45 petang di Lebuhraya Shenyang-Haikou dekat selatan Shanghai di wilayah Zhejiang.

Letupan kuat itu turut meruntuhkan sebahagian bangunan berhampiran lebuh raya itu dan sekali gus menyebabkan kebakaran pada bangunan terbabit.

Kejadian turut memaksa pihak bomba bertindak pantas untuk menghentikan kebakaran pada bangunan tersebut.

Jelas pihak berkuasa, kesemua mangsa telah dibawa ke enam hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan

Seorang pekerja di sebuah restoran berdekatan memberitahu Xinhua bahawa letupan itu turut merosakkan tingkap rumahnya.

Must Watch Video