Skip to main content

Dunia

16 maut terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di India

41689773201_renjatanelektrikN.jpg
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak projek sungai di negeri Uttarakhand utara India selepas sebuah transformer kuasa meletup pada Rabu.

Kebanyakan mereka sedang bekerja di tapak projek "Namami Gange" di tebing sungai Alaknanda di daerah Chamoli, menurut laporan media tempatan.

Mangsa yang maut termasuk seorang pegawai polis dan tiga anggota Home Guard.

Beberapa orang lagi turut cedera di loji rawatan kumbahan itu, menurut laporan itu.

"Arahan siasatan berhubung kejadian telah dikeluarkan, " kata ketua menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami.

-- BERNAMA

Must Watch Video