NYERI, KENYA: Sekurang-kurangnya 16 orang maut selepas sebuah bas bertembung secara berdepan dengan sebuah lori yang membawa muatan balak di Nyeri, Kenya, pada Ahad, 29 Mac, lapor Anadolu Ajansi.
Empat mangsa yang cedera dalam nahas dibawa ke Hospital Rujukan Daerah Nyeri untuk menerima rawatan.
Menurut polis, nahas berlaku selepas lori berkenaan membelok untuk mengelak penunggang basikal sebelum merempuh bas penumpang yang datang dari arah bertentangan.
-- BERNAMA-ANADOLU