Skip to main content

Dunia

16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti

61726371050_TangkiMayat.jpg
MEXICO CITY: Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam serantau.

Laporan awal mendedahkan bahawa letupan berlaku ketika orang ramai cuba mengumpul bahan api secara haram daripada tangki itu selepas kemalangan di kawasan Calbassier, Nippes, lapor Xinhua.

Ramai yang cedera parah dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan, menurut pegawai.

Perdana Menteri Haiti Garry Conille berkata di media sosial bahawa pasukan perlindungan awam dan kesihatan awam sedang membantu mangsa.

-- BERNAMA




Must Watch Video