Skip to main content

Dunia

15 maut van rempuh lori di negeri Rajasthan, India

61762138090_truckaccident.jpg
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 15 penumpang maut dalam kemalangan jalan raya di negeri Rajasthan, barat laut India pada Ahad.

Van yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diletakkan di lebuh raya di daerah Phalodi, kira-kira 350 kilometer dari ibu negeri Jaipur, menurut laporan media tempatan.

Menurut pegawai polis, 15 orang maut di tempat kejadian manakala dua wanita cedera parah.

Mangsa, penduduk dari daerah Jodhpur di Rajasthan sedang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan upacara keagamaan di sebuah kuil Hindu di Kolayat, daerah Bikaner.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee (kira-kira RM9,435) kepada waris setiap mangsa menerusi Prime Minister's National Relief Fund (PMNRF).

-- BERNAMA






Must Watch Video