Skip to main content

Dunia

13 kanak-kanak cedera gelongsor angin diterbangkan angin kencang di Mongolia

61685364477_gelongsor.jpg
ULAN BATOR: Seramai 13 kanak-kanak dilaporkan cedera selepas gelongsor angin diterbangkan angin kencang dalam satu kejadian di barat Mongolia, lapor Xinhua memetik Agensi Polis Negara pada Isnin.

Insiden itu berlaku di Ulgii soum, di wilayah Bayan-Ulgii pada Sabtu, menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Dua daripada kanak-kanak yang cedera masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video