Skip to main content

Dunia

10 pengunjung konsert cedera dalam insiden rempuhan di selatan London

61671189092_brixton.jpg
MOSCOW: Sepuluh pengunjung konsert cedera dalam insiden rempuhan di O2 Academy Brixton, di selatan London, menyaksikan empat mangsa dilaporkan kritikal, menurut Sputnik.

"Lapan orang dibawa dengan ambulans ke hospital, empat daripadanya dalam keadaan kritikal. Dua lagi mangsa diberikan rawatan oleh pegawai Perkhidmatan Ambulans London (LAS) di lokasi kejadian," menurut Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kejadian berlaku ketika konsert penyanyi Asake dari Nigeria sedang berlangsung dan pihak polis menerima panggilan kecemasan pada Khamis.

-- BERNAMA

Must Watch Video