Skip to main content

Bisnes

TH Plantations tamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif hari ini

81756219848_THPlantations.jpg
KUALA LUMPUR: Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain telah ditamatkan hari ini.

TH Plantations menerusi satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata surat penamatan perkhidmatan telah dikeluarkan kepada beliau hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat itu memaklumkan penamatan kontrak itu adalah atas sebab salah laku.

Mohamed Zainurin menyandang jawatan tersebut sejak 1 Okt, 2021.

-- BERNAMA


Must Watch Video